Skip to main content

Prinsip Asas Diet

Bila cakap pasal diet, norma orang kita akan cakap diet nak kuruskan badan atau weight loss. Diet dan weight loss memang tak boleh berpisah. Banyak jenis-jenis diet bersepah dekat internet ni. Contohnya, Atkins diet, Intermittent Fasting, Poleo diet, Military diet dan macam-macam lagi.

Tapi, ramai sebenarnya tak faham apa maksud diet sebenarnya. Diet adalah cara pemakanan seseorang baik orang tu sihat atau tidak. Diet boleh bertukar mengikut faktor kesihatan masing-masing. Sebab tu lah ada dietitian dan nutritionist yang bertanggung jawab untuk memastikan awak-awak tahu cara pemakanan yang betul mengikut status kesihatan.

Atkins diet sesuai tak untuk weight loss?


Nak cerita pasal diet apa yang sesuai untuk weight loss, kena tahu prinsip asas dulu. Senang je. Ingat formula ni;

ABCD +MV

1. AB | Adequacy (cukup) dan Balance (seimbang)

First rule. pastikan kita makan dengan cukup untuk menampung keperluan badan supaya badan kita dapat melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dengan efisyen. Contohnya, untuk bernafas kita perlukan tenaga. Tenaga datang daripada makanan terutamanya karbohidrat. Jadi, kalau kita amalkan diet very low carbohydrate untuk jangka masa yang panjang, badan kita mungkin tak boleh nak berfungsi dengan baik.

Diet yang seimbang bantu kita untuk capai adequacy. Apa itu diet seimbang? Maksudnya dia well-rounded. Semua kumpulan makanan ada. Nasi ada, ikan ada, kadang-kadang ayam atau daging. Sayur dan buah pun ada. Nak tahu macam mana nak makan dengan seimbang, cuba ikut pinggan suku- suku separuh ni.





2. CD | Calorie control (kawal kalori) dan nutrient Density (kandungan nutrient)



Setiap makanan ada kandungan kalori dan nutrisi (nutrient) tersendiri. Bila kita makan apa sahaja makanan, kalori makanan tersebut akan disimpan sebagai tenaga untuk digunakan oleh badan untuk berfungsi dengan baik. Dari sekecil kecil sel sehingga sebesar-besar organ perlukan tenaga untuk berfungsi. Jadi, kita kena pastikan kita makan dengan cukup untuk bekalkan tenaga.

Tapi, masalahnya bila ada yang terlebih makan. Bila terlebih makan, adanya calorie surplus yang menyebabkan weight gain. Macam tu juga kalau kita kurang makan, adanya calorie deficit yang menyebabkan weight loss. Bab ni nanti Sis Bawang cerita dalam tajuk 'Energy Balance' ya.

Selain daripada kalori, nutrient lain seperti vitamin dan mineral juga perlu dititik beratkan. Nak tahu makanan tu tinggi kndungan nutrisi atau tak, jom kita tengok apa tu nutruent density. Sis Bawang ambil contoh jus oren asli dan air gas. Jus oren yang diperah atau blend (60kcal/gelas) mengandungi gula fruktosa, serat, vitamin A dan C. Manakala, air gas (140kcal/tin) hanya mengandungi gula sukrosa dan sodium sahaja. Dalam kes air gas ni, kita anggil die sebagai empty-calorie food. Jika dibandingkan kedua-dua air tersebut, of course lagi untung minum jus oren. Rendah kalori, banyak nutrisi pula tu. 

Nak cerita pasal nutrient density ni panjang tau. Nanti Sis Bawang berleter next time.



3. MV | Moderation (sederhana) dan Variety (variasi)

Moderation bermaksud kita makan secara bersederhana. Boleh kita nak makan kek. Tak ada masalah. Cuma, kalau hari-hari makan kek. Tak ke buatnya naik berat badan. Ya lah, kek tu tinggi kalori dan lemak tepu. Sama lah juga dengan buah. Walaupun orang cakap buah tu bagus untuk kita, tapi kalau kita makan satu guni durian sekali pun akan membawa mudarat kemudian hari. Jadi, sebab itu Islam mengajar kita untuk bersederhana dalam apa jua dalam kehidupan kita.



Semua dah boleh agak apa maksud variety kan? Of course, hari-hari kita ada makan benda lain-lain. Cuba bayangkan kita makan nasi, ikan singgang dengan ulam 3x sehari. Hari-hari menu sama. Kononnya nak diet. Nak makan ikan sahaja, tak nak makan daging. Katanya kalori ikan lagi rendah. Confirm 10 tahun trauma nak makan ikan singgang lepas tu. Dah la trauma. Tak dapat cukup nutrisi pula tu. Jadi, sebab tu pentingnya kita makan makanan yang macam-macam jenis, bukan sahaja untuk hilang rasa puas, tapi untuk dapatkan nutrisi yang cukup juga.

Jadi, untuk kaitkan AB +MV adalah bila kita makan dengan seimbang (B, balance), sudah tentu kita makan benda yang bervariasi (V, variety). Bila dah ada 2 komponen ni, kita kena pastikan ita makan dengan kadar sederhana (M, moderation). Kalau jaga semua komponen ni, insya allah akan capai adequacy (A).

Sayangnya bila orang ber-diet nak turunkan berat badan, dia hanya pentingkan kalori sahaja tapi abaikan komponen yang lain. Mungkin berat akan turun. Tapi tak cukup nutrisi.

Jadi, awak-awak pilih la. Nak turunkan berat badan dengan sihat ke tak?

Sis Bawang,
Yang tengah berperang nak turunkan berat badan.

Comments

Popular posts from this blog

SUSU TEPUNG TINGGI GULA?

SUSU TEPUNG TINGGI GULA? Sis Bawang ada terbaca tips memilih susu. Salah satu tips adalah minum susu kotak, jangan minum susu tepung sebab susu tepung tinggi gula. Betul ke? Jom kita skodeng susu . Ada betul ada yang tak betul dengan tips tu. Ya, memang betul almost all susu kotak tak kira UHT, full cream, low fat atau fresh milk tiada gula tambahan. Tapi, ada yang terkecuali.. iaitu susu berperisa. Yang kurang betulnya adalah susu tepung tinggi gula. Tak semua susu tepung ada gula tambahan. Jadi, macam mana nak tahu? Ada 2 cara untuk kita tahu sama ada susu di pasaran ada gula tambahan atau tidak. 1. Baca nutrition facts Cara untuk membaca kandungan gula dalam produk susu adalah dengan mencari perkataan 'sucrose'. Kalau tengok jumlah gula dalam nutrition facts atas ni, memang tinggi. Tapi kita kena ingat, susu ada gula natural iaitu 'lactose' atau laktosa. Laktosa bukan gula tambahan even it is listed under total sugar. Gula tamba...

PILIHAN LEBIH SIHAT BOBA MILK TEA

Sis Bawang pelanggan tetap Tealive since 3-4 tahun yang lepas. Masa tu boba atau pearl milk tea ni dah famous cuma tak viral macam sekarang ni. . . Siapa yang suka minum boba milk tea, boleh ikut tips ni; 1. Minta kurang gula. Kalau di Tealive, ada tulis pilihan kandungan gula di menu. Boleh pilih sama ada tak ada gula langsung (none), slight, half atau normal. Kalau sis beli kopi tanpa pearl, sis minta slight sugar. Tapi kalau ada pearl, sis akan minta tak ada gula. Sebab dalam pearl tu dah ada gula. Pearl tu kena simpan dalam sugar solution untuk maintain stickiness. 2. Elakkan topping. Sekali sekala bukan tak boleh nak add in pearl ke grass jelly ke.. Boleh, tapi kurangkan kekerapan ambil topping tu. Kalau tak ambil topping, dah boleh jimat kalori, jimat pengambilan gula. Baru syiok 👍 3. Pilih saiz cawan paling kecil Kalau awak2 pilih cawan kecil, awak2 sangat bijak. Tapi... Kalau nak cawan besar? Go large if you want to be large. Sekian. 4. Kura...