Skip to main content

PILIHAN LEBIH SIHAT BOBA MILK TEA


Sis Bawang pelanggan tetap Tealive since 3-4 tahun yang lepas. Masa tu boba atau pearl milk tea ni dah famous cuma tak viral macam sekarang ni.
.
.
Siapa yang suka minum boba milk tea, boleh ikut tips ni;

1. Minta kurang gula.
Kalau di Tealive, ada tulis pilihan kandungan gula di menu. Boleh pilih sama ada tak ada gula langsung (none), slight, half atau normal.
Kalau sis beli kopi tanpa pearl, sis minta slight sugar. Tapi kalau ada pearl, sis akan minta tak ada gula. Sebab dalam pearl tu dah ada gula. Pearl tu kena simpan dalam sugar solution untuk maintain stickiness.

2. Elakkan topping.
Sekali sekala bukan tak boleh nak add in pearl ke grass jelly ke.. Boleh, tapi kurangkan kekerapan ambil topping tu. Kalau tak ambil topping, dah boleh jimat kalori, jimat pengambilan gula. Baru syiok👍

3. Pilih saiz cawan paling kecil
Kalau awak2 pilih cawan kecil, awak2 sangat bijak. Tapi... Kalau nak cawan besar?
Go large if you want to be large. Sekian.

4. Kurangkan kekerapan.
Jadikan boba milk tea ni sebagai pleasure atau comfort food, bukan daily dose. Sekali sekala minum baru rasa seronok.
Kalau sebelum ni setiap hari kena minum milk tea, kurangkan 2hari sekali. Kemudian, kurangkan ke 2x seminggu, 1x seminggu, 2 minggu sekali dan seterusnya..
.
Sis Bawang yakin awak2 boleh buat pilihan yang bijak dan sihat.

Sis Bawang, 
Peminat setia kopi Tealive

Comments

Popular posts from this blog

SUSU TEPUNG TINGGI GULA?

SUSU TEPUNG TINGGI GULA? Sis Bawang ada terbaca tips memilih susu. Salah satu tips adalah minum susu kotak, jangan minum susu tepung sebab susu tepung tinggi gula. Betul ke? Jom kita skodeng susu . Ada betul ada yang tak betul dengan tips tu. Ya, memang betul almost all susu kotak tak kira UHT, full cream, low fat atau fresh milk tiada gula tambahan. Tapi, ada yang terkecuali.. iaitu susu berperisa. Yang kurang betulnya adalah susu tepung tinggi gula. Tak semua susu tepung ada gula tambahan. Jadi, macam mana nak tahu? Ada 2 cara untuk kita tahu sama ada susu di pasaran ada gula tambahan atau tidak. 1. Baca nutrition facts Cara untuk membaca kandungan gula dalam produk susu adalah dengan mencari perkataan 'sucrose'. Kalau tengok jumlah gula dalam nutrition facts atas ni, memang tinggi. Tapi kita kena ingat, susu ada gula natural iaitu 'lactose' atau laktosa. Laktosa bukan gula tambahan even it is listed under total sugar. Gula tamba...

Prinsip Asas Diet

Bila cakap pasal diet, norma orang kita akan cakap diet nak kuruskan badan atau weight loss. Diet dan weight loss memang tak boleh berpisah. Banyak jenis-jenis diet bersepah dekat internet ni. Contohnya, Atkins diet, Intermittent Fasting, Poleo diet, Military diet dan macam-macam lagi. Tapi, ramai sebenarnya tak faham apa maksud diet sebenarnya. Diet adalah cara pemakanan seseorang baik orang tu sihat atau tidak . Diet boleh bertukar mengikut faktor kesihatan masing-masing. Sebab tu lah ada dietitian dan nutritionist yang bertanggung jawab untuk memastikan awak-awak tahu cara pemakanan yang betul mengikut status kesihatan. Atkins diet sesuai tak untuk weight loss? Nak cerita pasal diet apa yang sesuai untuk weight loss, kena tahu prinsip asas dulu. Senang je. Ingat formula ni; ABCD +MV 1. AB | Adequacy (cukup) dan Balance (seimbang) First rule. pastikan kita makan dengan cukup untuk menampung keperluan badan supaya badan kita dapat melakukan kerja-kerja yan...