Skip to main content

MINUM KOPI BOLEH KURUS?

Masa musim raya ni ramai self-claim nutrition coach bagi tips macam mana nak maintain berat badan lepas puasa.
Ye lah.. mana taknye. Kan dah susah-susah turun berat masa bulan puasa.
Sis Bawang ada terbaca post abam coach ni..Menarik tips dia tau.. Dia cakap masa raya elakkan air gas dan banyakkan air yang kopi atau teh.
Katanya air gas banyak sodium. Sodium buat badan simpan air banyak, jadi nanti berat naik.
Air kopi atau teh pula bersifat keluarkan air dalam badan. Atau dalam bahasa sains adalah diuretic. Jadi, kalau banyak minum kopi dan teh, nanti berat akan turun sebab air dah keluar.


.
Nampak tak persamaan kedua-dua tips ni?
Tak nampak? Tak pe.. Sis Bawang bagi jawapan.
Jawapannya keluar masuk air dalam badan.
Kita nak kurus bukan dengan kurangkan air dalam badan tapi nak kurangkan berat lemak. Allah dah set 60% daripada berat badan manusia adalah air. Ini untuk memastikan system badan kita berjalan dengan lancar.
Kalau air dalam badan kita kurang, otak akan hantar signal untuk bagi tahu yang kita perlukan air. Jadi, kita akan rasa dahaga. So, tak guna kita terlalu concern pasal berat air.

Jadi, kenapa nak kacau air dalam badan sedangkan lemak punca masalah obesiti?

Sis Bawang,
Kaki minum kopi.

Comments

Popular posts from this blog

SUSU TEPUNG TINGGI GULA?

SUSU TEPUNG TINGGI GULA? Sis Bawang ada terbaca tips memilih susu. Salah satu tips adalah minum susu kotak, jangan minum susu tepung sebab susu tepung tinggi gula. Betul ke? Jom kita skodeng susu . Ada betul ada yang tak betul dengan tips tu. Ya, memang betul almost all susu kotak tak kira UHT, full cream, low fat atau fresh milk tiada gula tambahan. Tapi, ada yang terkecuali.. iaitu susu berperisa. Yang kurang betulnya adalah susu tepung tinggi gula. Tak semua susu tepung ada gula tambahan. Jadi, macam mana nak tahu? Ada 2 cara untuk kita tahu sama ada susu di pasaran ada gula tambahan atau tidak. 1. Baca nutrition facts Cara untuk membaca kandungan gula dalam produk susu adalah dengan mencari perkataan 'sucrose'. Kalau tengok jumlah gula dalam nutrition facts atas ni, memang tinggi. Tapi kita kena ingat, susu ada gula natural iaitu 'lactose' atau laktosa. Laktosa bukan gula tambahan even it is listed under total sugar. Gula tamba...

PILIHAN LEBIH SIHAT BOBA MILK TEA

Sis Bawang pelanggan tetap Tealive since 3-4 tahun yang lepas. Masa tu boba atau pearl milk tea ni dah famous cuma tak viral macam sekarang ni. . . Siapa yang suka minum boba milk tea, boleh ikut tips ni; 1. Minta kurang gula. Kalau di Tealive, ada tulis pilihan kandungan gula di menu. Boleh pilih sama ada tak ada gula langsung (none), slight, half atau normal. Kalau sis beli kopi tanpa pearl, sis minta slight sugar. Tapi kalau ada pearl, sis akan minta tak ada gula. Sebab dalam pearl tu dah ada gula. Pearl tu kena simpan dalam sugar solution untuk maintain stickiness. 2. Elakkan topping. Sekali sekala bukan tak boleh nak add in pearl ke grass jelly ke.. Boleh, tapi kurangkan kekerapan ambil topping tu. Kalau tak ambil topping, dah boleh jimat kalori, jimat pengambilan gula. Baru syiok 👍 3. Pilih saiz cawan paling kecil Kalau awak2 pilih cawan kecil, awak2 sangat bijak. Tapi... Kalau nak cawan besar? Go large if you want to be large. Sekian. 4. Kura...

Prinsip Asas Diet

Bila cakap pasal diet, norma orang kita akan cakap diet nak kuruskan badan atau weight loss. Diet dan weight loss memang tak boleh berpisah. Banyak jenis-jenis diet bersepah dekat internet ni. Contohnya, Atkins diet, Intermittent Fasting, Poleo diet, Military diet dan macam-macam lagi. Tapi, ramai sebenarnya tak faham apa maksud diet sebenarnya. Diet adalah cara pemakanan seseorang baik orang tu sihat atau tidak . Diet boleh bertukar mengikut faktor kesihatan masing-masing. Sebab tu lah ada dietitian dan nutritionist yang bertanggung jawab untuk memastikan awak-awak tahu cara pemakanan yang betul mengikut status kesihatan. Atkins diet sesuai tak untuk weight loss? Nak cerita pasal diet apa yang sesuai untuk weight loss, kena tahu prinsip asas dulu. Senang je. Ingat formula ni; ABCD +MV 1. AB | Adequacy (cukup) dan Balance (seimbang) First rule. pastikan kita makan dengan cukup untuk menampung keperluan badan supaya badan kita dapat melakukan kerja-kerja yan...